Covid-19 Olympic Tokyo 2020




Temasya Olimpik dan Paralimpik 2020 di Tokyo akan ditangguhkan selama setahun susulan penularan wabak
COVID-19.

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe berkata Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach hari ini bersetuju dengan cadangan Jepun untuk menangguhkan acara sukan empat tahun sekali itu.

"Cadangan saya ialah menangguhkannya setahun dan Presiden (IOC) telah memberikan persetujuan," kata Shinzo.

Penangguhan ini juga membabitkan Sukan Paralimpik Tokyo.
"Ini akan memungkinkan para atlet untuk membuat persiapan yang terbaik, dan akan menjadikan acara ini selamat untuk atlet dan penonton," tambah beliau.

Persetujuan itu hadir selepas Persatuan Olimpik British (BOA) bermesyuarat pada Selasa untuk membincangkan perkara berkenaan.

Ini adalah kali pertama Sukan Olimpik ditangguhkan.

Sebelum ini, Sukan Olimpik hanya dibatalkan sepenuhnya semasa tempoh peperangan iaitu pada tahun 1916, 1940 dan 1944.

Doakan semoga wabak ini akan pulih sebelum bulan Ramadhan. Sama-sama sila jalankan tanggungjawab masing-masing. "Stay at home" dan kekal sihat.


Video ini adalah dirakam sebelum Presiden IOC mengeluarkan kenyataan diatas.

Comments

Post a Comment