Technology For Sports


PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PROSES MENGENAL PASTI BAKAT
OLEH : AMIRUL NAIM

Proses mengenal pasti bakat di Malaysia amat sinonim terutamanya apabila murid-murid yang aktif dalam bidang sukan diberi peluang untuk menghadiri ujian mengenal pasti bakat (TID) dimana bakal menempatkan mereka ke SSM sekiranya berjaya melalui ujian yang diberikan semasa proses mengenal pasti bakat tersebut.Secara umumnya,terdapat du acara untuk mengenal pasti bakat,yang pertama adalah Talent Identification,satu bentuk ujian yang direka khas untuk menguji kemahiran asas dan spesifik sesuatu sukan tersebut.Kedua,Talent Scouting ini melibatkan proses dimana jurulatih turun padang menyaksikan prestasi atlet dimana-mana kejohanan,dan diserap terus ke SSM melalui pegamatan ataupun ‘Coaching eyes’.

Saya sendiri ditempatkan ke SSM melalui ujian mengenal pasti bakat ini,ujian terdiri daripada ujian psikometrik dan ujian fizikal. Sejauh mana penggunaan teknologi ini mampu membantu proses mengenal pasti bakat.Saya mengambil beberapa contoh ujian yang dilaksanakan antaranya push ups,sit ups,30m sprint,vertical jump,standing long jump,chest throw dan lain-lain. Rutin ujian ini adalah sama seperti latihan yang dijalankan oleh kebanyakan atlet, Cuma pada proses ini mereka diberikan had atau bilangan yang perlu dicapai. Disini keperluan teknologi untuk mengurangkan ralat parallax daripada penguji,mengambil contoh ujian push ups, ianya boleh dikendalikan oleh seorang penguji dengan menggunakan aplikasi pengiraan push ups, penguji hanya perlu menetapkan masa dan aplikasi tersebut akan mengira jumlah bilangan dan bentuk lakuan itu betul atau salah. Seterusnya data yang diperoleh disimpan dan di proses untuk mendapatkan keputusan.

Secara asasnya,begitulah penggunaan teknologi dalam proses mengenal pasti bakat.Semestinya penggunaan teknologi akan membawa kesan positif terhadap proses mengenal pasti bakat.kini,aplikasi seperti kinovea,sportscode,hudl dan coach eyes boleh digunakan untuk mengesan pergerakan dengan lebih efisien dan untuk match analysis. Teknologi juga mampu menjimatkan tenaga manusia kerana ianya boleh dikendalikan oleh seorang atau dua penguji sahaja. Proses mengumpul data dan analisis juga akan menjadi lebih mudah kerana semuanya sudah disetkan mengikut keperluan.

Diharapkan penggunaan teknologi ini digunakan secara meluas dalam bidang sukan amnya dan dalam proses mengenal pasti bakat khususnya. Data yang diperoleh perlu dianalisis selari dengan data di peringkat antarabangsa. Penggunaan teknologi secara maksimum dalam proses mengenal pasti bakat akan memberikan kesan yang baik antaranya wujud ‘development pool’ yang besar di Malaysia.Dengan itu,kita tidak akan ketandusan bakat lagi. Suatu hari nanti akan muncul the next Lee Chong Wei, Nicol David, Azizul Hasni dan Khairul Hafiz Jantan.

WHERE SPORTS MEET TECHNOLOGY


Follow our Instagram & Facebook to upgrade all your knowledge.

Comments