Acara 800m (Sukan Olahraga)


Revolusi dalam acara 800m

           
Acara 800m adalah acara jarak sederhana yang dipertandingkan dalam sukan olahraga. Sejak ianya mula dipertandingan acara ini sering menjadi tumpuan kerana pelari dalam acara ini menggunakan sistem tenaga anaerobik.

Sebelum saya kupas dengan lebih mendalam lagi,mari kita telusuri sistem tenaga yang kita gunakan dalam kehidupan seharian dan aktiviti fizikal secara ringkas,antara sistem tenaga berikut adalah :
     1.   ATP-PC/Anaerobik alaktik
     2.  Anaerobik laktik
     3.  Aerobik

Sistem tenaga ATP-PC atau Anaerobik Alaktik berdurasi 10saat dan kebawah, sistem ini tidak menggunakan oksigen sama sekali. Kemudian,sistem tenaga Anaerobik laktik berdurasi 1 hingga 3mint,sistem ini menggunakan kandungan glikogen dalam darah sebagai penjana tenaga utama. Akhir sekali,sistem aerobik berdurasi 3minit dan keatas menggunakan oksigen sepenuhnya untuk menjana tenaga.

Sekarang,mari kita tumpukan lebih spesifik dalam acara 800m. Dalam acara ini rata-rata pelari lelaki akan melakukan catatan masa 1m50s hingga 2minit,manakala pelari wanita pula melakukan catatan 2m10s hingga 2m30s. Jika dilihat secara jelas keperluan sistem tenaga dalam acara 800m lebih tertumpu kepada sistem Anaerobik laktik. Namun, dengan peredaran masa kini latihan dan corak larian atlet dalam acara ini juga berubah.

Pada tahun 2013 saya menjalani latihan bersama seorang jurulatih daripada Amerika Syarikat (US), Mr Sam Goldberg. Beliau merupakan jurulatih olimpik untuk negara tersebut bagi acara Decathlon. Sepanjang berlatih dibawah kendalian beliau saya merasai metode latihan yang berbeza. Gaya jurulatih barat kelazimannya sangat diplomatik,mudah untuk dibawa berbincang dan berkongsi masalah. Saya rangkumkan dapatan saya sepanjang setahun berlatih bersama beliau.

   1.   Winning mentality-perkara paling penting ‘Tune’ mental terlebih dahulu.
   2.  Event Demand-melihat secara menyeluruh keperluan bagi acara tersebut.
   3.  Strategy-susun strategi mengikut kemampuan individu dan kehendak acara.

Image result for pelari 800m

                        Jurulatih Jironi adalah bekas atlet kebangsaan yang bermain untuk acara 800m.

        Corak latihan dan metode latihan yang dilakukan oleh jurulatih Mr Sam Goldberg,adalah menyerupai dengan corak latihan jurulatih tempatan,tiada yang terlalu ‘Bombastik’. Namun,beliau menggunakan aspek psikologi dengan baik. Pertama,beliau ‘Tune’ mental atlet-atlet dibawah kendaliannya, bukan mudah untuk membina mentality juara,malah definisi juara itu dibuka lebih luas spektrumnya sama ada di dalam trek ataupun di luar. Seterusnya,beliau memberikan pemahaman dengan lebih jelas terhadap keperluan acara 800m,bermula dari sini lah kami dikenalkan dengan istilah ‘Middle Sprinter’. Secara teknikalnya, beliau ingin pelari 800m seperti ‘Sprinter’ tetapi mengikut masih kehendak acara. Kekerapan sesi ‘speed’ dalam seminggu bertambah dari 1-2sesi kepada 3-4 sesi. Selain itu, kekerapan sesi “Weight training” juga bertambah daripada 1 kali seminggu kepada 2 kali seminggu.Agak kekok pada awalnya,namun setelah biasa dengan rutin tersebut beberapa siri ujian masa dilakukan untuk memantau ‘progress’. Tatacara ujian juga sedikit berbeza,dulunya kami akan berlari dengan jarak penuh 800m untuk ujian masa,setelah bersama beliau ujian masa itu berubah-ubah jaraknya,seperti 700m, 600m, 500m, 300m, paling tinggi jarak kami lari untuk ujian masa adalah 750m. Sehingga kini,saya tidak dapat tafsirkan kenapa beliau membuat ujian masa sedemikian. Seterusnya,sepanjang berlatih bersama beliau strategi yang diguna pakai adalah seperti berikut:

1.  Jika anda mempunyai ‘speed endurance’ yang baik,keluar dari pada garisan permulaan dengan kelajuan optimum dan berada di kelompok hadapan.
2.  Jika anda mempunyai ‘speed endurance’ yang sederhana keluar dengan kelajuan optimum dan tempatkan diri di tengah kelompok antara kelompok pendahulu dan belakang.

Strategi ini sering dipraktikkan semasa latihan dan ujian masa. Sepanjang setahun bersama beliau. Catatan larian 800m saya meningkat kepada 2.03.47s daripada 2.40.28s pada hujung tahun sebelumnya..Pada penulisan yang akan datang saya akan huraikan dengan lebih mendalam tentang corak latihan bagi acara ini.

Sekian.Terima kasih.

Boleh semak Instagram & Facebook untuk tips2 menarik.
                                                                                                                                       MAN

Comments

  1. Wow ahli sukan negara ya tahniah moga sukses bidang yg diceburi n jaga kesihatan diri

    ReplyDelete

Post a Comment