Keberkesanan Program Pembangunan Sukan di Malaysia


KEBERKESANAN PROGRAM PEMBANGUNAN SUKAN DI MALAYSIA
OLEH: AMIRUL NAIM
KETUA PUSAT KECEMERLANGAN SUKAN SBPS
PENGURUS LATIHAN AJ PERFORMANCE (AJP)

           Beberapa tahun kebelakangan ini kejohanan atau pertandingan MSSM, SIPMA, SUKIPT dan SUKMA menjadi lebih kompetitif kerana kesinambungan program MSSM mampu memapankan prestasi atlet dalam jangka masa panjang. Kini,tidak dapat dinafikan bahawa MSSM merupakan pengilang utama atlet kebangsaan,justeru program pembangunan dari peringkat akar umbi terutamanya sekolah haruslah dipandang sebagai isu primer dalam rangka pembangunan sukan negara.
           Kementerian Pendidikan telah merangka program yang saya kira berkesan bagi jangka masa pendek dan sederhana. Inisiatif tersebut adalah melalui penubuhan Sekolah Sukan Malaysia(SSM) dan Sekolah Sukan Negeri(SSN). Kedua-duanya memainkan peranan yang signifikan kepada pembangunan sukan negeri dan negara,fokus utama mereka adalah MSSM, ASG, SYG, YOG dan sebagainya. Dengan melihat pola kejohanan yang kompetitif ini semestinya akan membuatkan pihak tertentu meletakkan sasaran pingat atau podium, logiknya bagi mengharumkan nama negeri atau negara,dengan alasan itu maka dikerahkan atlet remaja untuk menjalankan latihan ‘spesifik’ tanpa mengira soal tumbesaran,kecederaan,umur dan sebagainya. Lebih malang lagi jurulatih di SSN dan SSM kurang diberi perhatian dan bantuan terutamanya dari segi sokongan sains sukan.

         Masih relevan SSM dan SSN? Adakah kita hanya menyasarkan kejayaan jangka pendek dan sederhana sahaja? Rata-rata atlet yang menyertai sukan sea adalah dari MSSM,ada yang Berjaya ada juga yang berprestasi yoyo, dimana silapnya? Penghujung tahun 2018 saya menemubual seorang jurulatih di selatan tanah air dan bertanyakan kepada beliau mengenai isu ini.Kami sehaluan dalam isu ini,pihak atasan dan berautoriti terhadap program pembangunan ini perlu kembali kepada asas sains sukan.Adakah berbaloi mengorbankan bakat atlet ini semata-mata mengejar emas atau podium di kejohanan Little Athletics?? Pada usia 14 tahun dikerahkan kedalam acara spesifik,menjalankan latihan intensity tinggi semata-mata untuk memenuhi KPI yang ditetapkan.Ya,hasilnya memang Malaysia sentiasa juara!! Negara lain yang menyertai kejohanan tersebut hanya menganggap sebagai pendedahan sahaja.


          Isu ini tidak terpalit kepada olahraga sahaja,kita lihat secara kolektif. Kebanyakkannya,atlet SSM atau SSN cepat ‘burnout’.Secara asas bagi merangka program pembangunan sukan perlulah mendapat sokongan pelbagai pihak.Pendidikan kejurulatihan dan sains sukan perlu diperbanyak dan diperkukuh kepada kalangan jurulatih SSM dan SSN,ini kerana mereka adalah ‘first hand informers’ kepada atlet,mereka perlu cakna dengan metod latihan dan info terkini berkaitan sains sukan.Penekanan harus diberikan kepada 3 blok utama iaitu blok pembangunan,blok pelapis dan blok elit/prestasi.Blok pembangunan daripada usia 6 hingga 15 tahun,bagi blok pelapis 16 hingga 18 tahun dan blok elit/prestasi 18tahun dan keatas.Jika kita lihat rangka umur atlet ini,blok pembangunan dan pelapis akan lebih dominan disekolah,bagi blok elit ianya perlukan sokongan dan campurtangan daripada pihak MSN/MSNeg.

        Bagi blok pembangunan aspek yang perlu ditekankan adalah kemahiran motor asas, komponen kecergasan,asas teknik sukan yang diceburi dan tidak menetapkan sebarang sasaran atau memberi acara/posisi tetap. Sebagai contoh,seorang pemain hoki pada usia blok pembangunan harus diberi peluang untuk mencuba semua posisi supaya jurulatih dan atlet itu sendiri boleh menilai prestasi secara menyeluruh. Berbekalkan pengalaman menyeluruh dalam blok pembangunan jurulatih akan menentuka dimana kesesuaian atlet tersebut.Kini di blok pelapis, skop pilihan dikecilkan jika sebelumnya atlet diberi ruang untuk merasai semua posisi,kini atlet sudah mempunyai posisi tetapi belum tetap. Contohnya, atlet olahraga ditetapkan dalam acara berpagar,seperti sedia maklum acara berpagar terdiri daripada 110m pagar, 100m pagar. 200m pagar dan 400m pagar. Pilihan acara masih banyak namun lebih tertumpu kepada kehendak acara tersebut.jika sukan berpasukan seperti bolasepak contohnya berada pada posisi tengah,maka pemain itu akan bermain di kesemua posisi tengah,tengah menyerang,tengah bertahan,tengah kanan atau kiri. Seterusnya, Blok elit,seperti saya nyatakan blok ini perlukan kerjasama MSN/MSNeg, melainkan atlet tersebut memilih untuk ke pra-u SSM atau tingkatan 6. Blok ini sudah bersedia untuk latihan berintensiti tinggi dan diletakkan sasaran pingat atau podium,semestinya faktor usia dan relatif kekuatan,kuasa serta emosi yang semakin baik mengikut peredaran umur mampu membuatkan atlet tersebut lebih matang dan bersedia menghadapi cabaran lebih besar.

          Dengan itu, secara ringkasnya program pembangunan yang berkesan hanya mampu dilaksankan dengan kerjasama semua pihak,kini dengan adanya kelab-kelab atau akademi sukan yang tumbuh seperti cendawan,saya yakin ianya mampu membantu program pembangunan sedia ada bagi melahirkan atlet untuk menggondol emas olimpik pertama negara.Segalanya  tidak mustahil jika semua pihak memaikan peranan masing-masing.

                                                          Salam Tokyo 2021




Do check us on Instagram.

Comments